Pages

Sunday 7 July 2013

Pisang Molen

Walaupun pada awal penghijrahan CikJah ke Indonesia dulu, hati kecil dan jiwa ini agak tertekan untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran baru. Walaupun kita senusantara namun perbedaannya pasti ada.


Apatah lagi untuk hidup di tempat yang serba kekurangan. Walaupun Jah anak kampung tapi kampung saya ada segala-galanya (keperluan).. 7 minit ke pejabat pos, 5 minit ke balai bomba, 10 minit ke balai polis. Pendek kata segalanya gampang (mudah)!


Minda ini sentiasa ku didik untuk positif terhadap apa yang dilalui. Katakan boleh untuk segala yang baik.


Ternyata masih banyak perbezaan yang mengembirakan; makanan, kelainan budaya dan sebagainya. Paling Jah suka kepelbagaian suku kaum /keturunan dan makanan yang mereka miliki.


Salah satu makanan istimewa ialah Pisang Molen.  




Pisang Molen ni adalah potongan / hirisan pisang yang dicelup tepung dan digoreng. Tepung yang menyaluti pisang molen bukan macam goreng pisang biasa di Malaysia tu tapi macam kulit karipap sardin; lembut, rangup dan sedap.


Pisang Molen

Gerai Pisang Molen yang sedap di Batam ni terletak di Pasar Fanindo. Dia jual di troli / beca macam sesetengah gerai pisang goreng di Malaysia juga. 1 kotak (lebih besar sedikit dari saiz kotak burger kfc/mcD) dijual dengan harga idr5000 (rm1.50++). Murah kan :)


Hari tu pi nak beli pisang Molen kebetulan dia ada jualan baru iaitu onde-onde mini. Saiznya sebesar guli. Comel kan? :) Senang nak makan. Onde-onde mini pun sama harga dengan pisang Molen. Dalam hati Jah berkata rajinnya aii sapa yang dok buat onde-onde mini (orang pemalas macam Jah je terfikir macam tu kan..huhu).


Onde-onde Mini


Punya la tak menyabar nak makan, dalam kereta juga Jah meriba onde-onde dan pisang molen sambil ngap! Memang tak senonoh. Ampa jangan tiru tau!



2 comments:

  1. Pisang molen ni ada banyak versi kan? Suami akak penah bawak balik masa dia pi Bandung. Yg dia bawak balik tu ada 2 jenis. Satu salut tepung & coklat, satu lagi salut tepung & cheese. Ka yg tu kuih lain?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya dah tanya membe saya, dia kata yang tu namanya Molen jugak tapi laik sikit. Tak sama dengan yang ni :)

      Delete